Datuk Subramaniam : Indonesia Gagal Menangani Masalah Asap

Menteri Kesehatan Datuk Seri Dr S. Subramaniam (ist)
Malaysia perlu menggunakan status sebagai pengurus Asean tahun ini, untuk menangani krisis asap yang melanda negara ini.

Menteri Kesehatan Datuk Seri Dr S. Subramaniam berkata Malaysia boleh membawa perkara ini untuk dibincangkan dalam mesyuarat serantau supaya isu asap dapat diselesaikan.

Menurutnya, langkah yang terbaik bagi menangani krisis ini adalah menggunakan apa sahaja cara dalam rangka kerja Asean supaya ia dapat ditangani semua anggota pertubuhan itu.

Krisis asap ini bukan perkara baru dan setiap tahun, Malaysia mengharapkan Indonesia menyelesaikan masalah ini, namun Indonesia gagal menanganinya.

"Masalah ini bukan masalah satu negara lagi, kita harus melihatnya sebagai masalah serantau dan Malaysia sebagai pengurus boleh membawa perkara ini ke mesyuarat Asean supaya satu agenda dapat ditubuhkan," katanya kepada kantor berita Konvensyen MIC Pulau Pinang di sini.

Beliau berkata krisis jerebu ini telah menjejaskan aktiviti harian beberapa negara serantau yaitu Malaysia, Brunei dan Singapura.

Keadaan Asap di Malaysia makin pekat. (ist)
Subramaniam berkata program pelaksanaan bersama anggota serantau boleh dilakukan sekiranya isu ini telah dibawa dalam perbincangan peringkat Asean.

"Pandangan dan kerjasama di kalangan anggota Asean akan membantu dalam menyelesaikan masalah ini," katanya.

Keadaan asap melanda negara beberapa hari telah menyebabkan sekolah terpaksa ditutup dan pendaratan dan pelepasan penerbangan di lapangan terbang terjejas.

Sementara itu, Subramaniam berkata beliau masih belum menerima sebarang cadangan daripada penganjur Hari Sukan Negara untuk menangguh program tersebut.

"Mungkin penganjur masih mengharapkan cuaca akan baik dalam beberapa hari ini," katanya.

Editor : Edy Sihombing
Sumber : Bernama



Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to " Datuk Subramaniam : Indonesia Gagal Menangani Masalah Asap"

Post a Comment

Admin KalamPos.com percaya pembaca situs ini adalah orang-orang yang cerdas dan terpelajar. Karena itu mari kita gunakan kata-kata yang santun di dalam kolom komentar ini. Kalimat yang sopan, menjauhi prasangka SARA (suku, agama, ras dan antar golongan), pasti akan lebih enak dibaca. Yuk, kita praktikkan!